This is good

Thursday, January 27, 2011

Apa yang best sangat kedai @ warung ni sampai berduyun2 orang ?



 Selalu ke PD tapi tak tau makanan apa yang sedap atau famous . Banyak baca dari media makan tu best, restaurant ni  best. Hampeh tak jumpa. 
Lps balik dari ladang Ostrich yang sunyi tu kami berpusing2 mencari tempat untuk lunch. Alih2 jumpa tempat ni..



 Tempat duduk hampir penuh..sempat hubby aku chop tempat duduk..Menu hanyalah ikan,ayam,hotdog panggang..semua hanya dipanggang sahaja..nasi putih,soup dan pilihan air cuma air purple dan mineral water..ringkas and simple

Sambil menunggu hubby and me terlooking2 sesama sendiri pelik orang datang berduyun2 tanpa had.kejap datang 4 orang, 2 orang paling ramai 8 orang  *siap kira tu*  Yelah kan menu dia dah la simple,kedai pun simple je.
Pekerja2 kat sini semua pakai topi koboi..rilex je akak tukang tuang soup pakai topi cowboy..tak menang tangan



 Tengok tu..ramai kan..? ramainyaaaa..




 Sambil makan pun sempat perati orang lagi..kejap2 dengar "bang tambah ikan sekor"..."bang tambah ayam 1 ekor"

Ada family ni siap tanya ada buka branch lain ke? CNY ni buka ke tak? wahh..semangat akak ni.


Review aku? .. ayam saya akui dipanggang secukup rasa. Tak liat,tak lembut, selesa je gigit.Juicy . Ada diberi sos pedas..mmg pedas. Mungkin sos rahsia mereka.saya suka makan nasi dengan soup kosong. Jadi amat sesuai dengan selera ..Nasi jangan cerita lah..nasi kukus kan.Walaupun lembut tapi tak berketul.  Pakai beras mahal ni.
Kebetulan pulak hari tu amat panas.Makan pun peluh2 , air purple(anggur) tambah 3 kali..terasa puas minum. 



Tak payah nak hias kedai cantik2, pekerja seksi2,atau pakai aircond Panasonic. Cukup dengan identiti kedai Ayam Panggang Nasi Kukus dah di kenali ramai.

 Tersusun minta di makan..


you all pernah makan sini..? cuba cerita sikit apa yang menariknya..1st time makan kan so nak tau juga kan..
Tempat nya di Batu 4 , Port Dickson.Tepi jalan..nampak asap kepul2 dari jauh

Waktu nak balik ada 2,3 keta sibuk cari tempat  parking..saya balik pun sebab ada orang ramai berdiri tak de tempat duduk..jadi jangan bawa laptop sebab takde wifi. Eh...

Friday, January 21, 2011

Cara membeli di Tutti Fruiti..

Banyak sangat cawangan Tutti Frutti di seluruh dunia. Di Malaysia Naza Group merupakan pemegang lesen 
Tutti Frutti ni..Jadi sapa nak buka francais kenalah deal dgn mereka..saya pernah gatal call tanya berapa modal di perlukan untuk francaiskan Tutti Frutti ini. Model dalam 500k. Memang mahal sungguh tapi dari segi promosi tak payah risau lagi. Opening je ramai serbu kedai tanpa perlu promosi buat flyer 1000pcs ok..

Terima kasih berita baik 500k itu.Sungguh tak mampu..Kalau tak punca bankrap Tutti Frutti adalah  saya. Saya regular guest tanpa bayaran



 Nampak harga macam tak mahal kan?..jaga2 penuh satu mangkok boleh capai rm19
 
 

 Mula2 pilih saiz cup. yang hijau tu paling kecik. balance yang besar banyak lagi




 Sebelum nak jadi model bertudung yang berjaya kau kena pose untuk blog aku dulu..walaupun rendang pasti akan berjaya..oppss.
Di sini pilih flavor yang di sukai..saya suka yang masam2..
tik..tik..tik..eh air liur meleleh? kesat..

.
 yang disini boleh jadi lupa diri..tambah itu ini..oh tambah lagi . Berapa berat sangat kacang hancur tu kan..?


 taruk penuh2 keliling gitu..abiskan satu botol pun tak pe.





 Masa untuk timbang ..jeng..jeng..":ok akak bayar"...oh aku bayar ekk





Harga  di dalam rm17..jadi makan sebulan sekali..


Wednesday, January 12, 2011

Alternative beli tiket masuk Universal Studios tanpa online

Banyak rintinhan dan pertanyaan " macam mana beli tiket masuk Universal Studios?" "Susahnya tiket cepat habis"...
Tak tau pun rupanya susah nak dapatkan tiket US ni. Last month my auntie went toUniversal Studios as a walk in pun tak ada tiket.  Kaedahnya jalan2 di Sentosa saja. Luckly me ke US dulu ada tiket. 
Waaa..buat post ni rasa nak pergi lagi lah .
Cara2nya senang saje . Dengan syarat balik nnti korang kena belikan bekas air Shrek untuk  saya anak saya eaaaaa....

Tempatnya di OU bagi mereka yang tinggal di lembah klang. New wing dekat dengan parking bas tu ada Travel & Tours nama TRANSTAR. Ingat!! tak semestinya tiket ada kan..kalau dah full tu tak boleh buat apa..jangan pulak you kutuk2 saya. Advise nya book a week before yee..Disitu you kena fill a form (prosedur biasa) , bayar then surat akan di berikan . Dh bayar tu confirm tiket tu available milik anda dan you boleh lompat2 sekejap. Surat tu nanti bawa ke US dan tukarkan dengan tiket. Tempat nak tukar tiket tu jika entrance US di depan mata you , tgk kiri ada escalator, turun, bawah car park tu ada  booth kecil TRANSTAR TRAVEL . Tukar sana lah.

Contact number before pergi 

One Utama, Kuala Lumpur
BT 2A, Bus Terminal
1Utama Shopping Centre
No. 1 Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 7725 3771





Pasarakyat Bus Terminal, Kuala Lumpur

No 10, Ground Floor
Jalan Melati off
Jalan Imbi / Jalan Tun Razak
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 2141 1771
Fax : +603 2142 2771





ada lagi..ni untuk kat Ipoh..tapi tak pasti ada jual tiket ke tak. Call je lah eeaa..


Ipoh No. 9, Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 255 2771

Weekdays & public Holidays Universal Studios entrance  fee rm183 termasuk meals $10. Hari2 biasa rm155 je.
Nak balik dari Universal Studios direct ke Johor Larkin atau City Point  JB *betul ke nama causeway tu* boleh naik bas di tempat yang u ambil tiket. Booking siap2. setiap 1 jam ada bas.$5 tak silap.



Nak tau lanjut cara nak ke Universal Studios dan apa ada kat sAna ..dinasor kah? alien kah? refer sini











Monday, January 10, 2011

Oh tak tau rupanya Tutti Frutti ada di Vietnam.

Ini cerita pengalaman Setahun lebih yang lepas .Tersentap kot bila makan Tutti Frutti tadi. Since makan yogurt tu nak ceritalah pengalaman makan Tutti Frutti kat oversea. *macam jauh benar ye* Hari tu nak di jadikan satu cerita penat bershopping sehari di Ho Chi Minh sampsai lupa diri dan dompet yg makin kosong, singgah satu kedai yogurt ni..meleleh je tengok yogurt sejuk bugar. Kenalah dengan cuaca yang terik semacam. Tergedik2 jugak lah tak tau macam mana cara nak membelinya..tersusun je machine2 mana nak picit ,tekan,




 Cup sedikit kecil nak di bandingkan dengan cup Tutti Frutti di Malaysia. Selera org Msia Ni kan come in XXL.


 Dah lupa 25,000 bersamaan dengan berapa.

Ada hati tu teringin nak makan lagi sanggup fly ke Vietnam lagi padahal kat M'sia ada pun TF ni.. Drama queen betul.

Tutti Fruti ni terletak betul2 di luar pasar Ben Thanh Ho Chi Minh. Tempat heaven membeli belah . Klau malam jeling2 sikit  takut tak perasan terlindung dengan khemah2 pasar malam .


Saturday, January 8, 2011

Ulasan DiorSnow, SK11, Clinique Moisture Surge..makcik kayoo!!

DiorSnow White Reveal ESSENCE
rm380 50ml


Delivers the highest concentration of Dior's innovative whitening complex technology to target existing dark spots and help prevent the appearance of new ones.


Works with Dior- D-NA reverse night serum. Merasa sample jelah 10 ml je. Boleh la pakai 2 bulan. Pakai sikit2 secubit rasa. Tak puas..picit lagi . Habis terkeluar banyak. Cepat2 masukkan balik..hampeh tak berjaya. Pakai jelah kot2 esk putih melepak.

after a week pakai secara jakun i can notice the big difference. dark spot cerah 1 tone and evens out my skin tone. Great!!. Kulit nampak lebih sihat dan yang penting tak kusam macam biasa. Bangun malamYang best hubby asyik puji dah putih..tiap2  hari pulak tu. mula2 rasa best lah bila di puji. Ni dah masuk minggu ke 2 asyik puji rasa macam dah tak ikhlas. Puji  sambil baca suratkhabar? apa derr?

 Clinique Moisture Surge
Extended Thirst Relief

Love this moisturizer!! W/pun try sample je but it works amzing. Suitable for dry skin like me. Harga sebenar agak pricey  but worth it. Yang penting muka kita tak nampak oily.Memang Suka muka berseri2 tapi berseri sebab berminyak kan? Kemudiannya what i like about this product is great foundation for my makeup&  boleh tahan lama dan senang nak di aplikasi.Glides on well. Pakai di siang hari setiap hari sebelum make up..wah..berbondong2 pujian tapi betul tak tipu punya..Ini bukan iklan berbayar ye.Kalau berbayar pun tak apa,jadi duta pun ok ..berkesan!! 

 SK-11
Facial Treatment Cleansing Gel

Hantu Penanggal make up yang sempurna. Seriously dude,.Cleansing and moisturizes your skin. Sebelum cuci muka, sapukan gel tanpa air ke muka dan blend it with makeup yang ada kat muka tu. Then wipe off with facial cotton .


Facial wash SK11.

Dapat sample cinonet je. harga sampai rm88 untuk 50ml..What the fish?? Harga sebenar lagi mahal lah kot.
Selepas guna saya suka kesat muka balik dengan tisu,tgk if ada kesan make up yang tinggal..ZERO. Selalunya macam tulah make up degil susah nak tanggal..nama pun SK 11*camne nak buat romen roman ek?*



Wednesday, January 5, 2011

Kita cuba yang mahal pula.


 Jumpa cermin buat2 tengok ada taik mata padahal nak tengok muka fresh lagi ke tak. Balik kampung masak ramai2 ipar duai , saya si tukang potong bawang je pun kejap2 belek cermin tengok muka dah berminyak kusam. Tengok muka orang lain best je cantik gebu. Tak payah segebu Zizie Izzete . Cukuplah tak kusam, bawah mata macam kung fu panda. Bukan sebab dah kahwin jadi macam ni. Rasanya ikut  jenis  *material?*  kulit dan masih tak jumpa produk yang sesuai. 

Lebih2 lagi hubby yang bukan metroseksual ..di ulangi bukan Metroseksual ,tapi boleh tahan lah pow losyen, facial wash, atau..aha! deodorant saya..ohh..belum lagi minyak wangi for her pun tak kisah asal wangi.. Jadi tak tercabar kah saya dengan hubby yang sentiasa segak ,smart dan mengambil berat akan ketrampilan..??
walaupun dia selalu puji  dan tak pernah kata saya tak cantik ,takkan saya tak kisah. Sampai kata "alah gemuk pun tak pe , laki aku tak kisah.." Soalannya? Kisah kah korang?..tak kisah ke penampilan cam itu? . *oh baru perasan ada banyak perkataan kisah*.
Bangun pagi tak gosok gigi?? tak pe hubby aku tak kisah. So sekali sekala tak gosok gigi. Seminggu pun belum tentu lagi. Jadi  tak kisah kee..bercakap dengan orang lain dengan bau mulut ala2 petai tu.??

Bukan nak tuju pada sesiapa..saya pun kadang2 terpengaruh dengan "ala,hubby aku tak kisah". Terjadi masa pertama kalinya semasa berat badan saya naik mencanak2. Tu nanti saya cerita. Tersedar kejap bila hubby sukaa sangat tgk orang,benda cantik Bila hubby puji kereta pun saya boleh terasa. Orang pun dah mula tak pewiitt pada saya lagi..hehehehe.

Dah..dah cukup. Saya bukan nak cerita pasal tu sangat pun. Walaupun ada sangkut paut. Bertahun saya guna produk yang ada di Guardian,Watson. Tak pernah mengamalkan basic penjagaan muka . Pagi cuci muka dan pelembab. Malam, cuci muka..tidur. Pernah melabur pada produk berharga medium pun tak de perubahan. Tengok model licin je kulit. Bila amalkan tak bergerak2 pun kulit tu. Pakai je pelembab  cuma nak bagi make up nampak cantik je. 

Teringin je nak pakai produk yang mahal2. Harga perrghh..rm190 untuk moisturizer je. Berkesan ke? *dengan nada menyindir* Night cream orang kata bagus. Pakai je esk dah nampak perubahan. ..Oh ye .Teringat dulu first cream muka yang saya pakai adalah Fair and Lovely ! itu je yang mampu. Masa tu tingkatan 4 . Ramai tegur perubahan kulit saya. Kembang semangkuk. Saya pun perasan, putih nya kulit muka!.memang ketara . Ramai lah lepas tu yang membeli Fair & Lovely gara2 nak putih. 

Saya ada beberapa sample skin care percuma dan ada yang saya beli sendiri. Antara nya brand Dior,sk11, Clinique.  Boleh try macam mana keberkesanannya dan nak tau kenapa mahal sangat selain daripada sebab jenama.Boleh lah kongsi kepada readers sebelum beli. Ini bukan iklan berbayar tau. Saja buat ulasan ,saya pulak yang teruja.



Saya copy jelah ye
Clinique - Turnaround concentrate
" Unique exfoliating formula prompts a continuous skin-renewal process. Speeds fresh cells to the surface."
 Dior- D-NA reverse night serum
harga 30ml rm350???
The 1st intensive whitening night concentrate that reverses melanin over-production at the heart of the cell for a pure diamond skin transparency overnight. Highly concentrated formula contains T.E.C tm (Transparency Enhancing Complex) enriched with Reversal System for a high-performance brightening efficiency. 

Turnaround mempunyai exfoliating agen bertindak meninggalkan kulit kusam supaya dapat menimbulkan kulit baru yang lebih lembut,licin dan segar. Kedua2nya, Dior dan Turnaround merupakan serum. Boleh ke pakai dua serum  yang berlainan tindakannya? satu penghakis kulit dan satu lagi memutihkan kulit. Setelah pakai selama 1 minggu mmg nampak kesan..kulit saya lebih bersinar,sihat kurang kusam . 2 minggu pun sama juga..tapi kenapa Dior yang hebat ini macam tak ada perubahan? kan antara penciptaan agen pemutih yang terhebat. Setelah pikir punya pikir mungkin Turnaround ni mungkin penyebabnya.. ok lah muka nak putih tiba2 kena hakis..start balik nak putih..lps tu kena hakis balik..baru je nak putih kan. Jadi saya stop turnaround dan continue Dior. Untuk info saya guna Dior 10ml masih bertahan 1 bulan lebih.Start pakai pada 16/11/2010.
Jadi kita tengok apa akan jadi selepas saya hentikan produk Turnaround tu...







Saturday, January 1, 2011

Dessert : Tak hairan lah Baskin Robbins 31% !

Sebelum ni tak kisah pun Baskin Robbins (BR) 31%  tu. Orang lain sibuk beratur panjang yang saya pulak berlalu tersengih2 tak hairan. Hehehehe... Tak tick pun dalam calendar acara yang perlu hadir alih2 tgk "eh kenapa ramai tu?..Ohh 31% rupanya..." . Sedangkan saya ni adalah hantu ais-cream. Setakat choclate boleh tahan lagi. Saya masih setia membeli ais-cream lebih2 lagi BR. Cuma tidak pada 31% tu..

Sebabnya....peti sejuk . Siapa kata saya tak hairan? Menangis dalam hati siapa pun tak tau. Jimat banyak tau . Harga BR Handpacked Quart actual price rm46.00 after rm31.74.
 Saya mempunyai peti sejuk yang agak cute sejak 7 tahun lepas. .Betul2 baru kawin terus beli. agak2 lah ekonomi orang baru kawin macam mana dan ahli keluarga nya yang 2 orang je. Harus lah beli yang kecik dan mungkin ohh..jarang masak *bukan sebab utama..POYO*

Masa berlalu pergi dan ekonomi samakin mencanak naik dan di kurniakan seorang anak yang makin comel*lasak mungkin* Peti ais tak mampu nak menampung macam2 benda yang di sumbatkan sampai berperang dengan suami nak letak lebihan udang dimana dan ais-cream saya.. Beli udang macam ada peti sejuk besar!! chet. Tulah jadi nya tengok BR buat promosi saya tersengih2 tak hairan. Sure rosak ais-cream tu.

Dan sekarang saya dah ada peti sejuk baru! *ni nak promote BR ke peti sejuk ni* Tu pun lepas duduk berkira2 nak beli apa untuk tahun ni. Budget setiap tahun beli perabot atau benda2 macam tu lah. berkira2 nak beli tv giant gantung ke,aircond,atau mesin basuh. Tiba2 terpandang peti sejuk yang comel seakan2 memanggil2 " tukar lah saya, dah tak larat ni di sumbat macam2 " Esok terus beli baru. Sekarang masih ada peti sejuk cute tu dah siap cuci bagi cantik, masih elok cuma tak pasti nak jual atau nak simpan tunjuk kat orang kita mampu pakai 2 peti sejuk. Sejak dapat peti sejuk baru asyik buka tutup tengok nak isi apa bagi penuh. Besar sangat la pulak. Keluarga baru 3 orang je.

Semalam 31/12/2010 merupakan penutup tahun 2010. Sya bergegas mendapatkan BR idaman saya selama ini. Pheww...!
 My flavor Mango Tango, Cheese cake Strawberry, Almond Fudge and Berry Strawberry
Makanan berharga..eh! ye lah kan utk ais-cream je harga rm 62


 

 Buat semangat balik rumah cepat

 
Siap tanya kat akak tu berapa lama ais-cream boleh tahan. Budget konon gila banyak ais-cream  bila nak habis. Tak sampai 3 hari abis semua

 Boleh di katakan semua mall besar di kawasan selatan ada BR ni. Banyak flavour yang boleh dipilh. My fav always yang ada nuts but no caramel.
Nak disc 31% tunggulah setiap 31hb




Pelakon Adammaya,Faizal yusop meninggal kerana serangan sakit jantung??


Lari dari topik sekejap, but anything yang i nak share, i'll share kan?  Dan bukannya apa terkejut dan tergamam sekejap dan mahukan kepastian. Dapat tau dari member yang kebetulan kerja sebagai jurusolek . Tak banyak info yang tau kerana dia pun dapat tau dari orang lain dan carian di internet mengesahkan berita tersebut.. Faizal yusop merupakan bekas suami kepada penyanyi Nurdiana dan masih muda 32 tahun. Meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di hospital Kuala Lumpur. Arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Isteri sekarang sedang mengandung 4 bulan. Tak terbayang bagaimana perasan si isteri.

Pernah berlakon dalam drama Adam maya dan Manjalara.Mungkin drama Tiramisu yang sedang di tayangkan adalah dramanya yang terakhir. Al fatihah kepada beliau dan semoga rohnya di cucuri rahmat. Yang hidup pasti kembali. Al-Fatihah

Status kak Abby Abadi mengesahkan segalanya.
Kak abby pernah berlakon bersama arwah dalam drama Manjalara
"Alfatihah buat sahabat sy, "Faizal Yusop' yg tlah kmbali ke rahmatullah pukul 230 ptg tadi.. sedih dgn pemergian dia.... terasa sgt khilangan dia, sbb dia antara artis lelaki yg sgt baik dgn sy. Walaupun kiteorg x keluar bsama klau xde sutin, tp hbgn yg terjalin masa sutin mbuatkan sayangkan dia...... :(
  - Abby Abadi
 Difahamkan arwah akan di kebumikan sekitar 10 pagi pada 2/1/2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here