This is good

Monday, December 27, 2010

Food Chinese Muslim: Restaurant Dong Yi Shun.



This is our first visit here and  definitely will be our favorite spot restaurant to be add in my list. Kedai makanan Cina Muslim. Heard there is plenty of good food around Kelana Jaya. So we all redah je belakang Giant Kelana Jaya dan di temukan jodoh dengan restoren ini. Menurut waiter, kedai ini bertemakan Szechuan  food .Some place in China mostly foodnya adalah pedas dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Yang menariknya di dalam kedai ini ada di sediakan mini ruang solat yang di ubah suai di bahagian bawah tangga.

 Ini lah jadi nya jika tidak gunakan perkhidmatan camera. Gelap

 Masih awal. Dalam 8.00 mlm ke bawah kedai setengah penuh. Kedai di hiasi dengan deco seni khat yang menarik

 Cili padi je yang di sentuh yang lebihnya hiasan tapi rasa rugi pulak tak try

 Crispy  Chicken 
RM 15
its like ordinary Chicken  but when u gigit the cik ayam tu yang asyik tuu..

 Toufu with Broccoli
rm11.00
Served with fresh vege...ohh did i mention how i'm in love with broccoli more than my hubby.Ooopss..



Braised Garupa
RM 23
Gravy di masak dengan cili padi dan shitake mushromm. 
Because of this fish lah my hubby keeP saying that he will  returning back here again. Oh fish ,u done a good job. * Hello , credit to the chef aso okeh *
I can't tell how the taste BECAUSE I sempat makan 2 sudu je . 


 
                      Dumpling.minced prawn and chicken
8 Ketul
RM 8.80 
I love dumpling, 
                    


 
 Chinese tea
1 pot 
rm5.00
  Chinese Tea. Setengah tak boleh minum sebab rasa tawar dan pahit. Puas rasanya dapat minum chinese tea lebih2 lagi yang hot,hot. Siap ada simpanan dalam rumah ganti minum Tea boh atau nescafe

 Ditaja setengah oleh saya dan hubby. Dan akhirnya di taja full oleh dia..Dan esk ditaja satu hari oleh saya.
I knw that trick. Huh

Mee di hasilkan secara hand made and known as MEE TARIK. Mee yang dihasilkan lebih baik dan cantik  setelah 10 tahun praktis tarik2 mee. huh?

Makanan di sini kesimpulan nya sedap,ada rasa dan menepati selera .everything here just so great. Rugi tak try. Klau tak,takkan dah ada 20 outlet di China.

Nak tau lokasi? pusing2 belakang Giant Kelana Jaya pasti jumpa.

Terdapat juga di the Strand Kota Damansara.
Dong Yi Shun
No.28-30G, Jalan PJU 5/20B
The Strand
Kota Damansara
Petaling Jaya
Tel: 016-3600399

Saturday, December 25, 2010

Ayam Penyet Dah Jadi Kegemaran


Ayam penyet ni nama nya Ayam Penyet Ria. Terletak di seksyen 9 , Shah Alam. Baru buka tahun ni. First time aku makan ayam penyet ni masa di Jakarta, bukan Ayam Penyet Ria but somewhere in Jakarta.Senang nak jumpa makanan ni .Tepi jalan bersepah.  Dan setiap kali ke Indonesia makanan ni je lah yang aku order. yang bukan tepi jalan lah..tak laluu..Ni je yang sesuai dgn tekak . Plus healthy food dan less oil.

 ni lah ayam penyet..tak tau macam mana boleh dapat nama penyet tu. adakah di penyet2 sebelum dihidangkan sbb aku tgk tak penyet pun ayam tu
rm7.90

 ni Lele penyet atau ikan keli. fav hubby.
tgk healty kan. sambal pedas gila bagi aku yg kaki cili ni

Set di atas tak termasuk nasi.
rm1.50
 

Tak ada perkhidmatan wifi di sediakan.. Frust betui tak dapat update kat foursquare. Kalau nak cari tempat ni cari je bank RHB, Maybank belakang tu lah kedainya..

Thursday, December 23, 2010

Check in di Avillion Admiral Cove, Port Dickson







 Abaikan auntie tu.. dia tak termasuk pun dalam trip kita. Dan ini bukan bilik tapi ruang lobby







 Cantik tak? cantikk kan? Trip ni around bulan 5,2010, Normallah  check in lewat. haih. !Apa maslah nya aku pun lupa

Malam sebelum tu i goggle sana sini nak cari kelainan hotel, resort di Port Dickson (PD ) ni. But then i dapat info that i can't simply make resevation by call to hotel. Kena call office iaitu di KL pada waktu kerja..whatthefish??. That time pukul 10 mlm and then malam Ahad. Sah2 lah orang tak keje kan..
Membebel sat dgn staff dia but still can't do anything. Aku tertarik kat hotel ni sebab review dia not bad unlike hotel yang lain banyakk betul bad review kat PD ni. Dan satu lagi hotel ni macam adik pada Avillion resort yang satu bilik paling murah rm450!
Hotel ni bilik paling murah rm180. terkejut juga kerana harganya murah tapi viewnya amat cantik. Maybe view dari bilik je yang kureng kot..ngadap bumbung atau dinding semata2

So dengan confident kembang kempis nya kami pergi juga dengan alasannn.....okey bukan weekend dan bukan cuti sekolah.

During mencari2 lokasi , kena alert sikit coz tempatnya yang agak ke dalam.
Terus terang laut untuk bermandi mandi memang tak sesuai atau tak de langsung. Kawsan Marina iaitu tempat private boat parking. Berangan2 jap naik private boat tu.

Nasib agak baik bilik ada tapi bukan yang rm180. Yang ada rm230..mmg budget dalam lingkungan tu pun. Rasanya hotel baru di buka sebab bau cat masih segar lagi dan perabotnya pun baru dan moden.





I ada terbaca satu review dari guest mengenai room Avillion ni. Dia mempertikaikan sangat2 tujuan sinki yang di bina di dalam bilik??!.. well bagi aku yang ada anak atau family. aku rasa tak de problem langsung dengan kewujudan singki ni. More easy for us nak cuci botol atau pinggan mangkuk yang di bawa. ala piknik kan? Even hotel di Subang yang tak de pantai pun ada sinki tau..Tak payah nak masuk bilik air semata nak basuh tangan yang melekit air jeruk..lagi2 org dalam bilik air dah berendam dlm tub mandi siap letak aromatherapy dengan candle pelbagai bentuk dan tiba2 nak layan org ketuk pintu bertalu2 nak basuh botol susu. Spoiled mood !!

Heaven bagi collector bottle , macam aku ni



Overall memang puas hati with the room, service,view from room. Aktiviti yang paling i suka  ialah breakfast nya. Mana2 hotel yang i check in breakfast is a must. Suka omelet,juices,pstry,nasi lemak....
Tapi coffee house sini mmg melukan hati jiwa dan raga. Variety food aduh mmg tak puas hati. too simple nak di bandingkan dgn hotel nya yang cantik. Nasib hati yang lara di ubat dengan nasi lemak yang sedap

After breakfast , apa lagi berendan dalam swimming pool. Swimming pool agak luas dan ada disediakan tempat urut bagi mereka yang nak massage di tepi kolam
Hotel ada menyediakan servis naik private boat untuk  1jam..  Perhead. Agak mahal rasanya...
So bagi sap2 teringin nak check in sini i suggest u here. and i would like to come here again and this time lebih2 awal...

Avillion Admiral CoveAddress:
 183 reviews
 - more info »
3rd Mile, Jalan Pantai
71000 Port Dickson, NEGERI SEMBILAN
06-647-0888

Wednesday, December 22, 2010

Kereta breakdown di Gua Tempurung pada 3.30 pagi !!

Gambar pinjaman

Gambar sebenar tak dapat di ambil gara2 tangan terketaq2 sejuk dan takot..  

Recieved call from my hubby , kena balik kampung ( Kedah ) emergency ayah mertua ada di hospital dan mungkin admitted. Since kata emergency i just packed mana2 yang patut. Then tepat pukul 12:45 kita mula bergerak ke utara. Actually kalau kata balik kampung, i pilih balik bila nampak matahari. Don't mind what time . pukul 6:45 pagi atau 7:00 pagi as long nampak matahari sbb nya  i ada penyakit takut naik kereta malam2 *untuk journey yang jauh*
I kuatkan semangat dan cuba sedaya upaya bersengkang mata temankan hubby drive sambil bersembang apa2 yang patut.

Perjalanan yang jauh ni hanya di sertai oleh saya *of course*, hubby  *of couse jugak sebab dia driver* dan our sweet pumkin daughter 3 years old. After melonggarkan tulang dan saraf di R&R Tapah kami pun meneruskan perjalanan.
Cuaca di luar agak sejuk dan nasib agak baik bas & lori agak kurang.

Sedang sibuk berbual tiba2 kereta seakan2 nak mati enjin,5 saat kemudian betul2 mati enjin !. mengelongsor je kereta . Nasib baik sempat ke lorong kecemasan. Hadoi..tak sempat 10 saat kereta tu berenti aku terus keluar dari kereta dgn Sofeya dan melompat penghadang besi tu. Saat tu aku dah tak kisah dah. Aku amat takut dengan lori,bas atau kereta yang laju2 tu. Kan banyak kisah excident di lorong kecemasan. Lepas tu baru aku perasan rupanya kami berada di kawasan Gua Tempurung. Bagi mereka yang kampung nya di Utara pasti tau laluan ini. Jalannya yang berbukit dan scaryyy..huhuhuhu..Batu kapur nya yang besar2 dan gaungnya yang dalam2.

Waktu 3:30 pagi tu amat dingin,sejuk. anak aku dah start menangis. Dia dalam ketakutan dan... aku pun...
Hubby aku berkali2 cuba start enjin. Aku pulak jerit2 dari luar suruh keluar dari kereta. Aku perhatikan agak nasib baik sedikit kerana sedikit di hadapan saja adalah laluan turun bukit so bayangkan kan traler,lori kalau turun bukit. Boleh terbang agaknya.
Aku nampak lampu kelip2. *Jangan ingat mistik ok*. Rupanya nya telefon SOS Plus . Sambil kami menyusuri jalan ke telefon mata aku langsung tak pandang kiri kanan. Nak cari pasal. Gelap tu wei. Hutan pulak tu. Bila lorong kedua2 jalan raya tak de kenderaan saat tu mmg gelap yang teramat sangat. Hanya bulan je yang jadi penyelamat. Sementara tunggu PLUS aku sempat melayari FB via phone bagi menghilangkan ketakutan dan mata aku dari merayau2 tgk sekeliling.


PLUS  lambat atau kami dalam keadaan macam tu yang rasa masa berjalan lambat sangat? Aku pilih keadaan. Sebenarnya dalam 20 minit sampai . Macam tunggu tak lama kan? we all tak tunggu dalam kereta ,aku yang mahukan macam tu. Lebih rela duduk diluar dari dalam kereta. Benda2 lain tolak ke tepi. Tapi aku rasa2 lah orang yang takut dengan aku sebabnya aku pakai baju serba putih!  Lepas tu dukung anak tepi highway tu..hehehehe..Agak2 korang.

Tambahan info..setelah tak tidur semalaman, 15 jam baru sampai Sungai Petani!. Ayah mertua yang admitted pun dah  keluar.
Balik dari Kedah kami ambil kesempatan meninjau kembali tempat tersebut. Nampak view berlatar belakang batu kapur yang besar dan kawasan bukit yang curam dan berselekoh. Alhamdulilah kami anak beranak selamat.

Pengalaman yang adventurous

Monday, December 13, 2010

Pengalaman di The legend water chalet, Port Dickson


 Turn review hotel ni pulak. Best!! first impression. Info chalet ni saya dapat daripada google sana sini. Nak percutian yang agak lain. Bagi yang pernah check in di Port Dickson pasti tau yang kebanyakkan hotel yang ada macam tak best. Macam tak best tu seperti bukan bercuti di hotel kerana jika konsep apartment tu ,macam rumah . Bau yang kurang menyenangkan, perabot yang tak upto date, belum lagi coffee house yang agak dull. Nak hotel yang best MAHAL pulak . tAk termampu kalau satu bilik paling murah rm400 ke atas. Adeh.

I Check in agak lmbat after sending my ipar and sister . Terkejar2 hubby aku drive Lambloghini nya.tihtihtih..
 Agak lambat jadi tersangat lambat. Beb.. pukul 6:30 pm check in apa hal..Arrghh tension aku. Time management selalu lembsss..!

The legend Water Chalet (TLWC)adalah chalet* yelah,budak umur 5 tahun pun tau kan* tapi aku bukan register *err...... bukan log in ke?*  under mAnagement TLWC . Org yang di kenali sebagai En. zack adalah pemegang unit2 yang terhad. Aku tak tau apa Atau macam mana dia dapat unit2 tersebut.Mungkin dulu ada offer untuk pembeli dan boleh menyewakan pada orang. Kayo en Zack. 

*ambik nafas jap sambung buat karangan*
So unit2 Mister Zack tak de kena mengena dgn managemt  ,dgn itu semua unit not included breakfast but still u boleh guna fasilities yang ada.
Apa2 masalah jgn memandai2 nak call front office. Harga bilik murahhh and affordable.  Starting frm rm230, normal price rm450..see the diffrent lah.
Nak booking boleh, ada ongkos nya..secawan hati nyamuk tak tumbuh gigi atau baru tumbuh gigi..heh. percayalah korang.
deposit ada untuk mengelakkan cancel last minit dan rugi bagi pihak Mister Zack. 019-2184563 
Atau email holidaypd@gmail.com 





Lorong nak ke bilik. Boleh pancing ketam nnti you all tanya mister Zack. OH ye..chalet ni semua di binA ATAS LAUT. Ada bilik hotel tapi bukan under Mister Zack



Ini lah yang i katakan dalam post sebelum ni..Masuk bilik jumpa bilik air dulu . Better bagi orang masuk dulu baru mandi.. mandi kejap2 je nanti orang dlm bilik pulok nak keluar. Mandi tak aman. Stress siot Nak pasang candle mandi romantik2 lupakan le unless u holiday with hubby ,HONEYMOON mmg class. Dan window tu hubby boleh cak-cak while you tgh berendam..blind tu di control dari luar so org dlm bilik air no power to control.
hehehe.
Ruang bilik air besar..i like
Ada balkoni..best malam2 . tapikan ada satu unit tu best. Bayar lebih sikit. Apa yang best? huh..kedudukan paling hujung maknaya lebih dalam laut dan lebih banyak lah hasil pancing. Lps tu kan FULL SEAVIEW!!.Tempat lain SEAVIEW je kan.. tak de halangan, terbentang lautan luas dari bilik. perghh.. nak bogel sambil minum orange juice pun boleh..ehh sensisitip. Nampak bot nelayan lalu nasib lah terus nelayan tu upload dalam you tube. wahh class.

Ini kelebihan bilik bawah atau lower deluxe..
ada panel kaca yang 100% selamat tak pecah even anak korang berkumpul atas kaca berebut nak tgk ikan duyung..Panel kaca berada atas laut bukan di dalam laut..Ni lagi tambah suspen nak mandi . Mana mata nak perhati  tgk window nak tgk panel glass tu lagi..

Gambar Dalam bilik tak boleh upload hubby dah bagi spoiled. Gambar tanpa baju  seksi berpelikat tak sesuai utk tatapan umum.. Brief je..bed king size dan day bed .

Kesimpulannya bilik mmg best,hot,..lagi swimming pool pun memuaskan hati. Mlam2 tdo best je bunyi laut bawah korang..pulak tu kebetulan astro Ada tayangkan cerita..Pstttt...ehh..P/S I LOVE YOU .
Ok ni blog mister Zack untuk info lebih lanjut saja link akhir post ni bagi korang baca dulu review i nih..
http://legendwaterchalet.blogspot.com/

Saturday, December 11, 2010

Jalan di Universal Studios Singapore..fun..fun..fun

 Welcome to Universal studios Singapura !(USS) excited lebih dari budak2.. Betul lah excited tak ingat.hahah..Untung budak2 sekarang ni kan. Zaman i dulu tape video tom & Jerry je.huh.

Operation hours
Open 10:00 am
Close 7:00 pm
Entrance fee : $66  lebih kurang rm155 duit m'sia
Tips: Beli tiket online maybe pening skit,Try ke travel agents.you can take the tours and the tickets.Ambil tours yang simple2 je as long you got the ticket sbb tiket mmg cepat sold out

Di sebabkan pengalaman pahit sesat kat Singapore masih fresh dalam ingatan, we all ambik keputusan naik KTM frOm Jb to Singapore. Di sebabkan tak ada shuttle dari hotel so seawal pukul 7:45 we all dah tercatuk depan KTM . Dengar sini Nak bagi reminder sikit..nak g USS tak payah lah naik KTM *tiba2 tukar keputusan * sbb KTM bertolak agak lambat dalam pukul 10 lebih.Buang masa. . Zero info pasal sistem pengangkutan kat Singapore ,we all decided guna bas..ye guna BAS ,LRT,MRT..

Macam mana nak ke Universal studios? I'll brief sikit2 sebab memori dah kurang. Mana yang ingat je ek..
Dengan lagak ala2 amazing race siap ada map kat tangan jadi kecoh semua.. Tak kisah buat muka tak malu. Tahan orang tanya nak naik apa lps ni..

Dari kastam JB turun je tangga bergerak *escalator daa* naik bas menuju ke Singapore. Tu selepas cop passport bagai. Bas no 170 tambang $0.90.  Turun di perhentian pertama MRT station Kranji. From there beli tiket siap2 terus ke destinasi terakhir Station Marina atau Harbour Point . Nnti you all check balik yang paling dekat dengan USS.. Masa dalam train u all kena focus dengan station2 yang ingin dituju sbb tak silap kena tukar 4 kali train. Tak payah risau tunggu train memang cepat . Terasa journey berjalan lancar je.
So better guna transport dari kereta *for those yang tak biasa jalan di S'pore ni* Dah tau esok nak ke USS kan bangun lah pagi2. Kecuali yang ada baby nak bw macam2 bekal naik lah kereta, Ingat, preparation tu penting sebelum pergi. Jangan jadi macam aku first day di Singapore buang masa 4 jam cari Orchad Road.. Apakah??


 Suka Posing dalam train yang luas .tanpa bau2 yang kurang menyenangkan

 muhahaha...lps 4 hari tgk video rupanya nak bergambar harus Q dulu ye..rupanya i dgn selamba terpotong Q.* tgk lah plate kereta..haruss pakai kat leher kan*

info lagi..Rupanya baru tau shud buy tiket via online..jgn baru sampai kecoh2 1 kampung nak beli tiket..mmg sold out!. Luckly my sista dapat tiket utk 2 orang. Me dah Bought earlier during  Matta fair..
Attraction Madagascar ada dua je. Tapi Madagascar :A create Adventure masih belum di buka. Merupakan river boat ride. mungkin ada basah2. Kata adventure kan.
first game yg kami ride is King Julien's Beach Party Go Round ..so boleh agak lah game yang pusing2 sambil menunggang karektor Madagascar . Yang tu Sofeya yang excited.




Rumah Shrek
Cool . Rumah hanya perhiasan. Patung Shrek pun tak de.

 fAR fAR AWAYYY...



 
 Tengah tunggu turn masuk dalam dewan Shrek 4-D
Attraction yang sempat naik dan ingat

Shrek 4-D Adventure:
here u can see,hear and feel the action. Setiap orang akan di beri spek 3-D.
we enjoyed so much the adventures.Donkey bersin pun boleh rasa. Thumbs up!

Dongkey Live
Persembahan from Donkey..Di dalam dewan Kartun Donkey on screen and we can communicate with him LIVE.

Enchanted Airways
Roller Coaster junior. Oh skip ini rides sebab nak yg lebih mencabar




Lakonan mumia tak menjadi lebih pada robot je.

BElakang di mmg roller coaster yang paling powerzz.. Ancient Egypt.Attraction REvenge of the mummy!! Roller coaster yang kita tak ramal apa yang terjadi, berpusing, ke depan dan yang paling best menjunam ke belakang dalam persekitaran yang amat gelap!..menjunam ke depan tu biasa dah ek..Masa beratur reminder bahaya about the riders di tampal sepanjang jalan make us more suspens.duk!dak!duk!dak! Sini aku jerit puas2. Rupanya gambar di ambil semasa menaiki rides. Nampak ternganga mulut masing2. Tak jadi beli muka budget tak cun

 Macam rumah FRIENDS kan? kan? tak tau? ohhh..ohh..oh..speachless.


Sini buang masa sikit sebab bagi lil sista naik Canopy Flyer dulu . Beratur agak panjang, so sementara menunggu , layan Sofeya naik Dino-Soarin . NAik Dinosour pusing2 sambil Dino naik turun bawah.
Agak keciwa sedikit banyak rides dalam The Lost World tutup. Stunts yang di lakukan secara live dalam WaterWorld pun still in progress.

Naik Canopy Flyer  tak sampai 5 minit tapi Q nya hadoi adalah 45 minit. Sempat hiburkan hati hubby yang tak suka Q lama2 ni. Duduk depan atau belakang then u all akan diterbangkan sambil duduk . Jadi plss no sandal atau flip flop bling2. Selipar jepun boleh kalau hilang pun no hal..murah.

Cuaca agak panas tapi tak terasa sempat lah warna kulit jadi tanned semulajadi. Jangan risau lorong Q semua ber roof top . Kipas setiap pelusuk ada.

 Nasib baik tutup..kalau tak i'm the one yang Q dulu..
*tengok je nak pitam..belum naik..power tak power roller coster ni*
Section SCI-FI lagi lah..SEMUA BELUM ON LAGI. ada lah 2 rides je..yang dlm gambar tu. Ermm..kalau open pun tak de nya nak naik roller coster tu..scary

Dapat info mengatakan pihak goverment @ management?? masih belum lagi mahu membuka roller coaster ini sejak Oct tahun lepas..kenapa ye..

 


 halal food ? no worries..plenty halal food there..look out the map right away at entrance . halal sign dah siap2
ada...To be frank masa memang tak cukup..Banyak masa di habiskan dengan beratur,makan,melayan anak,Toilet,....hahaha..makan pun cepat2. buang masa okeyy..Puji lah masa beratur tak lama..What?..school holidays ? tak jamin secepat itu. 

By the way sini ada servis yang di panggil Child swap.  Advantage for those parents with a small child. Allows mummy watch over the child while daddy bergumbira then swap place and can enjoy the ride as well the others. is that sound great? so bagi yang ada baby  tak jadi masalah untuk bergembira cuma you all maybe tak dpt naik sama dgn pasangan. :(

Like me even bawa adik2 still kena tunggu jaga Sofeya dan kena beratur lps adik2 tadi dah habis turn. Kan buang masa. Sad..dah nak balik baru perasan ada program macam ni..



No need story about currency, Nak makan keluar kalkulator,nak beli mainan keluar kalkulator  . Baik duk rumah layan Astro . Having fun is everything,feel it,love it . Prepare budget awal2 so nnti tak frust tak dapat beli itu ini.



Tak tau kenapa degil sangat nak rotate..
*hahaha pandai je kata orang "having fun,love it,feel it"..ni pun keluar kalkulator habis rm200 je beli brg2 ni..huh*

Nak tau macam mana balik..SEmpoi.. naik satu bas je terussss sampai kat terminal bas Larkin JB ..haremmm.rupanya ada servis bas dari JB - USS, USS - JB $5 je sorang. Bas agensi travel. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here