This is good

Thursday, May 26, 2011

Sibuk weh...

Sibuk..orang sibuk macam saya ni pun ada hati nak buat blog kan.Masa buat blog ni dulu  tgh free. Boring2,lepak2 Now bz dengan biz dan marketing.Belum dengan anak,Bobby, suami...Bobby pulak dah 4 hari tak balik2. Nnti cerita pasal Bobby yang dah sembuh tu. Bukan main suka dia..

Too many stories to tell.. Galeri photo dalam phone pun tunggu masa nak upload dalam blog. Membuak2 nak cerita..trip ke Saigon, gelagat Bobby jumpa vet, makan sana sini. Nak dijadikan cerita, telephone yang cerdik pandai ni ada masalah. Langsung tak boleh on. Atas nasihat pakar kena upgrade software dan korbannya segala benda,files,contact ,msg..hilang tanpa backup. Stress jugak masa tu.  Bizwomen macam saya maklumat semua tu teramat penting. No other way..angguk je kepala setuju dlm paksa.
My Hubby  bising gambar & video anak dari baby sampai skg dah hilang. Saya terkilan juga, malas nak ingatkan gambar apa yang ada dalam phone .Trend skg ambik gambar simpan dalam memory je.  Most important to me is cust contact numbers.

Suddenly the weather become so hot . Rumah tak ada aircond sbb rumah dekat sgt dgn hutan.Tunggu cuaca dingin sikit baru post cerita baru..hehehe. Alasan tu.
Nite all ,





Thursday, March 24, 2011

Serangan kutu kucing terbaru

Entah mana silapnya tiba2 kutu kucing ni seakan2 menganas. Mmg dah kuarantin si Bobby tu kat belakang rumah dan tiada lagi serangan kutu.. Tiba2 balik dari kampung minggu lepas kena serangan kutu teruk2 punya. Agaknya oTAk kutu tu serangan virus kot. Habis ngamuk. Dan mangsa nya mestilah aku dan anak. Hubby aku relax je sbb darah dia pahit kot. Ni lah jadinya kat kaki aku yang dulunya cun gebu. Adoyai..

Mungkin.....mungkin sbb bobby sempat keluar dari stor tu masa saya nak ambik kain utk di jemur.
Berdesup dia lari ke hall. Ada la 5 minit dia tergaru2 atas carpet tu sementara saya jemur kain..tapi takkanlah...banyak ekor tu geget kaki saya nih.












Jadi pada yang sapa tau camne
-nak hilangkan gatal *mmg saya tau tak de obatnya*
-Hilangkan parut, Parut ni kalau tak buat apa2 mmg kekal lah jawabnya. Ini amat2 di perlukan semula.
saya nak cantik balik
-hilangkan kutu kucing atas carpert selain dari semburan ridset. Nak kena bakar carpet atau perabut ke??
-Buang Bobby..Sorry lah tak sanggup..bawa jumpa vet? tu minggu depan..ni untuk sementara ni..nak buat hapa?

Friday, March 4, 2011

Hadoi..Diserang kutu kucing..

Ni semua angkara kucing saya yang bernama Bobby. Mixed persian Local. Nampak tak gambar kat sebelah atas kiri tu? dia lah empunya nama. Bobby amat jarang di lepaskan keluar rumah. Last terlepas 2 bulan lepas dan sejak tu kutu ber rumah sakan. Saya rasa Bobby ni dlm golongan kucing manja. Tak boleh sakit sikit,terus tenat. Kutu ni pun dia macam tk boleh handle, fragile sgt Bobby ni. Sebab rumah parents pun ada 2 ekor kucing ,pun ada kutu. Taklah mcm Bbby ni tergaru2 setiap 5 minit.

Penderitaan ni dah berlaRutan nk dekat 2 bulan. Sampai tahap kritikal setiap malam kami anak beranak tergaru2 sebab kutu kucing ni . Yang tak tahan boleh nampak clear kutu melompat2 atas jubin lantai. .Sedap jek lompat2 lps tu termasuk dlm cawan atau makanan.Aktiviti balik dari kerja, terbongkok2 laki bini hapuskan kutu satu persatu. Siap buat rekod "ma, hari ni papa dpt letupkan 15 ekor kutu". Rekod tu.

Tekanan gila bila balik rumah. Shaggy Carpet asyik jemur dan skg lipat letak tepi.Hohoho..maklumat yang saya tahu,kutu amat suka nyorok dalam carpet, celah baju,bulu kucing *nyorok dalam rambut manusia belum dengar lagi,so dun worry* Tapi yang pelik nya makhluk halus ni still bermaharajalela even dah letak ubat racun kat Bobby.Sebagaimana bakteria skg mengalami mutasi, sama juga dgn kutu ni yang semakin agresif. Pendapat aku lah..* saya,aku,saya aku..abaikan*

Gigitan kutu ni bukan main2. Cubalah . Seksa ,amat bisa dan meninggalkan parut. Lagi garu lagi gatal . Adalah 3 hari gatal bisa tak hilang. Klau dah tinggal parut tu of course garu sampai darah la kan? Kaki saya dah amat hodoh untuk di upload dalam blog ni. Jatuh vogue..nak hilang parut entah bila. Penyelesaian sementara yang boleh dilakukan, sembur dengan ridset, atau apa2 jenama. Berbotol2  borong dari kedai runcit Ali Corner. Sapa ada hobby kumpul botol,bolehlah ambik kat sini free je.kUtu akan mati kena semburan tapi kena fire direct ok. Sembur ala2 nak sembur nyamuk tak sesuai. . Itu saja  cara yang ada, buat sementara. Kesian kat Sofeya pun berparut, kdg2 tu kelopak garam pun naik. Alergik. Sifat Mereka2 , ni boleh lompat hingga beberapa kaki. Lompatan yang amat tinggi sehingga boleh naik atas katil.. Tension je..


Bukan tak pernah mandikan,carikan kutu *ketagih jadinya,geram je dapat letupkan kutu* ubat picit pun dah beli, tunggu nak bg cukur bulu je..hahaha..dapat info cukur bulu kucing,kucing boleh mati. Kejamnya dengar
 Tolong calon kan saya pertandingan kucing muka poyo..sure menanglah


ini lah ubatnya..rm8..
dah tak berkesan.


 umpan makan baru boleh kacau leher


 buka ruang sikit kat tengkuk..bulu2 tu ketepikan.
nk ruang botak je




insyallah minggu ni nk bw jumpa vet..enjet terus.Badan dia dah tak boleh terima ubat tu . ORg kata dah lali.
Skg ni kurung dia kat belakang. tu je langkah selamat. Dan ia berkesan. tak gatal2 sangat. Dah gemuk gila2 kesan dr kena kurung.

Friday, February 4, 2011

Love and money bring us here...again .ngeee~~


Sempena anniversary yang lps kami anak beranak kembali ke sini for celebrating our 8th anniversary. The Legend Water Chalet Port Dickson.. oOh Sweet~~ . Ada yang tanya without Sofeya ke? Bertuah tinggal dia. lagipun ikut serta percutian ini with my parents and sibling tanpa dirancang. They stayed earlier one day before us  due to limited unit & semua dah full. As usually i booked from Zack.
 My parents in Executive water chalet. Besar sikit actually better ambik premium water chalet . Agak besar ada king & queen bed.
That nite we all menyibuk bertolak dari Shah Alam menyempitkan lagi bilik dgn bawa 4 pillows. Tidur atas lantai siap bawa toto..Malu nak ambik pict bilik dah macam kapal karam . Segala gadget bawa so wayar berselirat sana sini. Bercuti ke apa diaorg ni

Esok pagi mandi pantai bagai dgn banana boat first time naik. 
My father ada bawa pancing sendiri plus rent extra fishing rod. But hampeh sampai checkout ikan langsung tak dapat. Sewa pancing dalam rm50 dapat 2 fishing rod and bait. Tgk nasib juga memancing ni





Laut sedang surut. Malam sambung balik


  
 Executive bathroom  . Bathroom spacious siap boleh menari balet  
 The roof top boleh dibuka tutup sambil mandi boleh tgk awan berarak.
Mandi ramai2 adalah normal di sini.HuhuhuhU




See i told you ..
Mandi ramai2 dalam jakuzi tub.

Ada Panel kaca ..kalau lah panel ni dalam laut....

After checking out pukul 12.00pm bawa lah kitaorg segala beg & pillows masuk dalam kereta . Sat lagi angkut kelaur balik check in pukul 2 ptg. Sementara menanti pukul 2.00 we decided singgah ke  Ostrich Farm yang terletak di Telok Kemang



 Bayaran masuk rm8 for adult.



 from far all ostrich ni tergedik jumpa kami. Jinak sbb dah tau yang 
kami ada makanan utk dia



Ohh..dia senyum !!




Monyet yang tak de perasaan..but beware.





Actually nothing much here. Agak boring.Ada sikit2 kambing,monyet,iguana, angsa tergedik2 bebas,arnab. Tak tau lah kerana hri persekolahan baru bermula .boleh kira berapa kerat org yg ada

Dalam 2:30 kami kembali semula ke TLWC. Macam org tak betul angkut balik beg. Pillows tinggal dlm kereta . Perjalanan ke chalet agak jauh oleh kerana kami sewa dari owner ,tak dapat guna kemudahan kereta kecik utk bw kami ke hujung chalet. Tak sabar rasanya..Because this time we rent yang full seaview!!!!..wah excited nampak...heheheh

BUka pintu biasalah bilik air dulu. From comments or tips yang i baca dr Foursquare ramai yang kata design yang pelik & aneh. But  for me ,design ni di layout sebegitu rupa adalah utk mengelakkan pasir pantai merata2 di dalam bilik. True or not? That day After mandi laut with sibling , we all sampai bilik terus bersiram dalam bilik air. Masa tu baru rasa berguna juga design bilik mcm ni. Bilik pun tak basah

Sampai je terus berlari ke balcony..wahhh..terbentang luas laut depan mata...Can u imagine how wonderful the view it is. and i can wait to catch a crab and fish as many as i want. Oh terlupa asal percutian ini..Of course celebrate anniversary with love ones. thanks hubby for bring me here,So greatfull for having you as my life partner .Tiba2 romantic je feeling. Ada la 10 minit duk kat balcony masing2 ucpkan kata2 cinta while Sofeya tgh melompat2 atas katil sambil tgk tv. Cewahh..


 Cantikkan? terasa kerdil benar..indah sungguh ciptaan-Nya




 Bilik seaview mmg superb..

 Pancing atok Sofeya. Gigih buat sendiri sebelum datang sini. Awal2 dah 
wasiatkan kat Sofeya

  sewa crab net. Yakin dapat crab banyak lps kecewa tak dapat ikan semlm

 Ada pancing sendiri beli bait je. rm5 dapat beberapa ekor cacing yg panjang camni..
huaa aii meremang ..

 Jerit2 panggil hubby cepat tolong do something with this cacing!!. Urgent nak memancing.
Lmabat sangat i buat keputusan buat camni je. Fuh

 Seriously dowh tak tau pun cacing ada darah camni!!! meleleh keluar .alalalaalalala. Jiwa kacau tgk darah ni.
Tuya(Sofeya) awal2 larik menyelamatkan diri . cehh





 .pict di snap esk pagi nya. waktu ni berani gila dah pegang cacing lembik ni. Cara2 letak umpan cara sendiri ekk.


Muka baru bangun tdo..Berapa kerat yang berani letak gambar dlm blog baru bangun tdo???
Sila tgk gambar sekali lagi saya pegang cacing...


Memancing dari balcony..so convenient .



Berjaya dapat dlm 15 crab belum tolak ketam batu *balik rumah asyik perati mana satu ketam batu* siap MMS zack gambar ketam batu yg mana satu.
ikan? langsung tk dpt. siap menari2 depan mata tp sekor pun tk dpt.Well ,tak ada rezeki .

 lorong ke bilik..
Malam2 tu tak berapa berani sgt jenguk balcony. Gelap.Lemah semangat sikit. Tgk laut macam nak terjun je..
Hubby je yg rajin check crab net. bekerja keras hubby nk mkn crab sweet n sour.
Hari tu siaran astro agak tak jelas..byk sangat biji2 tak clear. Frust jugak tk dpt tgk movies.
Satu hobby saya bila check in suka tgk movies sampai larut pagi . Tengok movie kat hotel lain sikit feeling dia. Bukan cerita romantic je, action pun takpe.



Overall mmg best kat sini. Lain dari pada yang lain. Memang bercuti di PD agak biasa and lamee..hihihi. Search chalet or hotel yg best camni ,u won't regret and get bored. Jangan bergantung semata2 pd laut sahaja. Good hotel & resort  can make ur holiday worthy . Lagipun mana lagi nk pergi lagi setakat cuti 2 hari 1 malam kan..?? haih

Thursday, January 27, 2011

Apa yang best sangat kedai @ warung ni sampai berduyun2 orang ?



 Selalu ke PD tapi tak tau makanan apa yang sedap atau famous . Banyak baca dari media makan tu best, restaurant ni  best. Hampeh tak jumpa. 
Lps balik dari ladang Ostrich yang sunyi tu kami berpusing2 mencari tempat untuk lunch. Alih2 jumpa tempat ni..



 Tempat duduk hampir penuh..sempat hubby aku chop tempat duduk..Menu hanyalah ikan,ayam,hotdog panggang..semua hanya dipanggang sahaja..nasi putih,soup dan pilihan air cuma air purple dan mineral water..ringkas and simple

Sambil menunggu hubby and me terlooking2 sesama sendiri pelik orang datang berduyun2 tanpa had.kejap datang 4 orang, 2 orang paling ramai 8 orang  *siap kira tu*  Yelah kan menu dia dah la simple,kedai pun simple je.
Pekerja2 kat sini semua pakai topi koboi..rilex je akak tukang tuang soup pakai topi cowboy..tak menang tangan



 Tengok tu..ramai kan..? ramainyaaaa..




 Sambil makan pun sempat perati orang lagi..kejap2 dengar "bang tambah ikan sekor"..."bang tambah ayam 1 ekor"

Ada family ni siap tanya ada buka branch lain ke? CNY ni buka ke tak? wahh..semangat akak ni.


Review aku? .. ayam saya akui dipanggang secukup rasa. Tak liat,tak lembut, selesa je gigit.Juicy . Ada diberi sos pedas..mmg pedas. Mungkin sos rahsia mereka.saya suka makan nasi dengan soup kosong. Jadi amat sesuai dengan selera ..Nasi jangan cerita lah..nasi kukus kan.Walaupun lembut tapi tak berketul.  Pakai beras mahal ni.
Kebetulan pulak hari tu amat panas.Makan pun peluh2 , air purple(anggur) tambah 3 kali..terasa puas minum. 



Tak payah nak hias kedai cantik2, pekerja seksi2,atau pakai aircond Panasonic. Cukup dengan identiti kedai Ayam Panggang Nasi Kukus dah di kenali ramai.

 Tersusun minta di makan..


you all pernah makan sini..? cuba cerita sikit apa yang menariknya..1st time makan kan so nak tau juga kan..
Tempat nya di Batu 4 , Port Dickson.Tepi jalan..nampak asap kepul2 dari jauh

Waktu nak balik ada 2,3 keta sibuk cari tempat  parking..saya balik pun sebab ada orang ramai berdiri tak de tempat duduk..jadi jangan bawa laptop sebab takde wifi. Eh...

Friday, January 21, 2011

Cara membeli di Tutti Fruiti..

Banyak sangat cawangan Tutti Frutti di seluruh dunia. Di Malaysia Naza Group merupakan pemegang lesen 
Tutti Frutti ni..Jadi sapa nak buka francais kenalah deal dgn mereka..saya pernah gatal call tanya berapa modal di perlukan untuk francaiskan Tutti Frutti ini. Model dalam 500k. Memang mahal sungguh tapi dari segi promosi tak payah risau lagi. Opening je ramai serbu kedai tanpa perlu promosi buat flyer 1000pcs ok..

Terima kasih berita baik 500k itu.Sungguh tak mampu..Kalau tak punca bankrap Tutti Frutti adalah  saya. Saya regular guest tanpa bayaran



 Nampak harga macam tak mahal kan?..jaga2 penuh satu mangkok boleh capai rm19
 
 

 Mula2 pilih saiz cup. yang hijau tu paling kecik. balance yang besar banyak lagi




 Sebelum nak jadi model bertudung yang berjaya kau kena pose untuk blog aku dulu..walaupun rendang pasti akan berjaya..oppss.
Di sini pilih flavor yang di sukai..saya suka yang masam2..
tik..tik..tik..eh air liur meleleh? kesat..

.
 yang disini boleh jadi lupa diri..tambah itu ini..oh tambah lagi . Berapa berat sangat kacang hancur tu kan..?


 taruk penuh2 keliling gitu..abiskan satu botol pun tak pe.





 Masa untuk timbang ..jeng..jeng..":ok akak bayar"...oh aku bayar ekk





Harga  di dalam rm17..jadi makan sebulan sekali..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Nak info? Click here