This is good

Wednesday, January 5, 2011

Kita cuba yang mahal pula.


 Jumpa cermin buat2 tengok ada taik mata padahal nak tengok muka fresh lagi ke tak. Balik kampung masak ramai2 ipar duai , saya si tukang potong bawang je pun kejap2 belek cermin tengok muka dah berminyak kusam. Tengok muka orang lain best je cantik gebu. Tak payah segebu Zizie Izzete . Cukuplah tak kusam, bawah mata macam kung fu panda. Bukan sebab dah kahwin jadi macam ni. Rasanya ikut  jenis  *material?*  kulit dan masih tak jumpa produk yang sesuai. 

Lebih2 lagi hubby yang bukan metroseksual ..di ulangi bukan Metroseksual ,tapi boleh tahan lah pow losyen, facial wash, atau..aha! deodorant saya..ohh..belum lagi minyak wangi for her pun tak kisah asal wangi.. Jadi tak tercabar kah saya dengan hubby yang sentiasa segak ,smart dan mengambil berat akan ketrampilan..??
walaupun dia selalu puji  dan tak pernah kata saya tak cantik ,takkan saya tak kisah. Sampai kata "alah gemuk pun tak pe , laki aku tak kisah.." Soalannya? Kisah kah korang?..tak kisah ke penampilan cam itu? . *oh baru perasan ada banyak perkataan kisah*.
Bangun pagi tak gosok gigi?? tak pe hubby aku tak kisah. So sekali sekala tak gosok gigi. Seminggu pun belum tentu lagi. Jadi  tak kisah kee..bercakap dengan orang lain dengan bau mulut ala2 petai tu.??

Bukan nak tuju pada sesiapa..saya pun kadang2 terpengaruh dengan "ala,hubby aku tak kisah". Terjadi masa pertama kalinya semasa berat badan saya naik mencanak2. Tu nanti saya cerita. Tersedar kejap bila hubby sukaa sangat tgk orang,benda cantik Bila hubby puji kereta pun saya boleh terasa. Orang pun dah mula tak pewiitt pada saya lagi..hehehehe.

Dah..dah cukup. Saya bukan nak cerita pasal tu sangat pun. Walaupun ada sangkut paut. Bertahun saya guna produk yang ada di Guardian,Watson. Tak pernah mengamalkan basic penjagaan muka . Pagi cuci muka dan pelembab. Malam, cuci muka..tidur. Pernah melabur pada produk berharga medium pun tak de perubahan. Tengok model licin je kulit. Bila amalkan tak bergerak2 pun kulit tu. Pakai je pelembab  cuma nak bagi make up nampak cantik je. 

Teringin je nak pakai produk yang mahal2. Harga perrghh..rm190 untuk moisturizer je. Berkesan ke? *dengan nada menyindir* Night cream orang kata bagus. Pakai je esk dah nampak perubahan. ..Oh ye .Teringat dulu first cream muka yang saya pakai adalah Fair and Lovely ! itu je yang mampu. Masa tu tingkatan 4 . Ramai tegur perubahan kulit saya. Kembang semangkuk. Saya pun perasan, putih nya kulit muka!.memang ketara . Ramai lah lepas tu yang membeli Fair & Lovely gara2 nak putih. 

Saya ada beberapa sample skin care percuma dan ada yang saya beli sendiri. Antara nya brand Dior,sk11, Clinique.  Boleh try macam mana keberkesanannya dan nak tau kenapa mahal sangat selain daripada sebab jenama.Boleh lah kongsi kepada readers sebelum beli. Ini bukan iklan berbayar tau. Saja buat ulasan ,saya pulak yang teruja.



Saya copy jelah ye
Clinique - Turnaround concentrate
" Unique exfoliating formula prompts a continuous skin-renewal process. Speeds fresh cells to the surface."
 Dior- D-NA reverse night serum
harga 30ml rm350???
The 1st intensive whitening night concentrate that reverses melanin over-production at the heart of the cell for a pure diamond skin transparency overnight. Highly concentrated formula contains T.E.C tm (Transparency Enhancing Complex) enriched with Reversal System for a high-performance brightening efficiency. 

Turnaround mempunyai exfoliating agen bertindak meninggalkan kulit kusam supaya dapat menimbulkan kulit baru yang lebih lembut,licin dan segar. Kedua2nya, Dior dan Turnaround merupakan serum. Boleh ke pakai dua serum  yang berlainan tindakannya? satu penghakis kulit dan satu lagi memutihkan kulit. Setelah pakai selama 1 minggu mmg nampak kesan..kulit saya lebih bersinar,sihat kurang kusam . 2 minggu pun sama juga..tapi kenapa Dior yang hebat ini macam tak ada perubahan? kan antara penciptaan agen pemutih yang terhebat. Setelah pikir punya pikir mungkin Turnaround ni mungkin penyebabnya.. ok lah muka nak putih tiba2 kena hakis..start balik nak putih..lps tu kena hakis balik..baru je nak putih kan. Jadi saya stop turnaround dan continue Dior. Untuk info saya guna Dior 10ml masih bertahan 1 bulan lebih.Start pakai pada 16/11/2010.
Jadi kita tengok apa akan jadi selepas saya hentikan produk Turnaround tu...







4 comments:

  1. amboi mahalnya....tapi nasib baik husband jenis tak kisah sangat kan. Ada sorang kawan tu plak husband dia pantang kalau nmpk kesan parut pada badan wife dia. Mesti dia marah2 dan mengamuk. siap ugut nak kawen lain.

    ReplyDelete
  2. wahh..gitu. Taksubnya..hARus scrub badan selalu. Kalau macam tu si hubby rajin2 lah hantar wife g spa. Tak boleh lah nak wife cantik tapi tak nak melabur utk wife senfiri

    ReplyDelete
  3. salam sara, tq visit BSB. kalau nak citer pasal kecantikan nie, akak nie bukan cantik sangat pun tapi akak selalu amalkan minum air masak sejurus bangun pagi.Muka pula akak pakai nutri metics jer.

    ReplyDelete
  4. @BSB
    DUlu selalu amalkan minuma air suam.Skg dah jarang2 praktikan. Bila umur makin meningkat kulit tak macam dulu *macam tua sangat*.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here