Gambar pinjaman
Gambar sebenar tak dapat di ambil gara2 tangan terketaq2 sejuk dan takot..
Recieved call from my hubby , kena balik kampung ( Kedah ) emergency ayah mertua ada di hospital dan mungkin admitted. Since kata emergency i just packed mana2 yang patut. Then tepat pukul 12:45 kita mula bergerak ke utara. Actually kalau kata balik kampung, i pilih balik bila nampak matahari. Don't mind what time . pukul 6:45 pagi atau 7:00 pagi as long nampak matahari sbb nya i ada penyakit takut naik kereta malam2 *untuk journey yang jauh*
I kuatkan semangat dan cuba sedaya upaya bersengkang mata temankan hubby drive sambil bersembang apa2 yang patut.
Perjalanan yang jauh ni hanya di sertai oleh saya *of course*, hubby *of couse jugak sebab dia driver* dan our sweet pumkin daughter 3 years old. After melonggarkan tulang dan saraf di R&R Tapah kami pun meneruskan perjalanan.
Cuaca di luar agak sejuk dan nasib agak baik bas & lori agak kurang.
Sedang sibuk berbual tiba2 kereta seakan2 nak mati enjin,5 saat kemudian betul2 mati enjin !. mengelongsor je kereta . Nasib baik sempat ke lorong kecemasan. Hadoi..tak sempat 10 saat kereta tu berenti aku terus keluar dari kereta dgn Sofeya dan melompat penghadang besi tu. Saat tu aku dah tak kisah dah. Aku amat takut dengan lori,bas atau kereta yang laju2 tu. Kan banyak kisah excident di lorong kecemasan. Lepas tu baru aku perasan rupanya kami berada di kawasan Gua Tempurung. Bagi mereka yang kampung nya di Utara pasti tau laluan ini. Jalannya yang berbukit dan scaryyy..huhuhuhu..Batu kapur nya yang besar2 dan gaungnya yang dalam2.
Waktu 3:30 pagi tu amat dingin,sejuk. anak aku dah start menangis. Dia dalam ketakutan dan... aku pun...
Hubby aku berkali2 cuba start enjin. Aku pulak jerit2 dari luar suruh keluar dari kereta. Aku perhatikan agak nasib baik sedikit kerana sedikit di hadapan saja adalah laluan turun bukit so bayangkan kan traler,lori kalau turun bukit. Boleh terbang agaknya.
Aku nampak lampu kelip2. *Jangan ingat mistik ok*. Rupanya nya telefon SOS Plus . Sambil kami menyusuri jalan ke telefon mata aku langsung tak pandang kiri kanan. Nak cari pasal. Gelap tu wei. Hutan pulak tu. Bila lorong kedua2 jalan raya tak de kenderaan saat tu mmg gelap yang teramat sangat. Hanya bulan je yang jadi penyelamat. Sementara tunggu PLUS aku sempat melayari FB via phone bagi menghilangkan ketakutan dan mata aku dari merayau2 tgk sekeliling.
PLUS lambat atau kami dalam keadaan macam tu yang rasa masa berjalan lambat sangat? Aku pilih keadaan. Sebenarnya dalam 20 minit sampai . Macam tunggu tak lama kan? we all tak tunggu dalam kereta ,aku yang mahukan macam tu. Lebih rela duduk diluar dari dalam kereta. Benda2 lain tolak ke tepi. Tapi aku rasa2 lah orang yang takut dengan aku sebabnya aku pakai baju serba putih! Lepas tu dukung anak tepi highway tu..hehehehe..Agak2 korang.
Tambahan info..setelah tak tidur semalaman, 15 jam baru sampai Sungai Petani!. Ayah mertua yang admitted pun dah keluar.
Balik dari Kedah kami ambil kesempatan meninjau kembali tempat tersebut. Nampak view berlatar belakang batu kapur yang besar dan kawasan bukit yang curam dan berselekoh. Alhamdulilah kami anak beranak selamat.
Pengalaman yang adventurous
uiks..seram giler..tp ok la xde pape..huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah tak de jadi apa2. Pengajaran sebelum jalan jauh servis kereta dulu.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat~ :)
ReplyDelete