This is good

Saturday, January 1, 2011

Dessert : Tak hairan lah Baskin Robbins 31% !

Sebelum ni tak kisah pun Baskin Robbins (BR) 31%  tu. Orang lain sibuk beratur panjang yang saya pulak berlalu tersengih2 tak hairan. Hehehehe... Tak tick pun dalam calendar acara yang perlu hadir alih2 tgk "eh kenapa ramai tu?..Ohh 31% rupanya..." . Sedangkan saya ni adalah hantu ais-cream. Setakat choclate boleh tahan lagi. Saya masih setia membeli ais-cream lebih2 lagi BR. Cuma tidak pada 31% tu..

Sebabnya....peti sejuk . Siapa kata saya tak hairan? Menangis dalam hati siapa pun tak tau. Jimat banyak tau . Harga BR Handpacked Quart actual price rm46.00 after rm31.74.
 Saya mempunyai peti sejuk yang agak cute sejak 7 tahun lepas. .Betul2 baru kawin terus beli. agak2 lah ekonomi orang baru kawin macam mana dan ahli keluarga nya yang 2 orang je. Harus lah beli yang kecik dan mungkin ohh..jarang masak *bukan sebab utama..POYO*

Masa berlalu pergi dan ekonomi samakin mencanak naik dan di kurniakan seorang anak yang makin comel*lasak mungkin* Peti ais tak mampu nak menampung macam2 benda yang di sumbatkan sampai berperang dengan suami nak letak lebihan udang dimana dan ais-cream saya.. Beli udang macam ada peti sejuk besar!! chet. Tulah jadi nya tengok BR buat promosi saya tersengih2 tak hairan. Sure rosak ais-cream tu.

Dan sekarang saya dah ada peti sejuk baru! *ni nak promote BR ke peti sejuk ni* Tu pun lepas duduk berkira2 nak beli apa untuk tahun ni. Budget setiap tahun beli perabot atau benda2 macam tu lah. berkira2 nak beli tv giant gantung ke,aircond,atau mesin basuh. Tiba2 terpandang peti sejuk yang comel seakan2 memanggil2 " tukar lah saya, dah tak larat ni di sumbat macam2 " Esok terus beli baru. Sekarang masih ada peti sejuk cute tu dah siap cuci bagi cantik, masih elok cuma tak pasti nak jual atau nak simpan tunjuk kat orang kita mampu pakai 2 peti sejuk. Sejak dapat peti sejuk baru asyik buka tutup tengok nak isi apa bagi penuh. Besar sangat la pulak. Keluarga baru 3 orang je.

Semalam 31/12/2010 merupakan penutup tahun 2010. Sya bergegas mendapatkan BR idaman saya selama ini. Pheww...!
 My flavor Mango Tango, Cheese cake Strawberry, Almond Fudge and Berry Strawberry
Makanan berharga..eh! ye lah kan utk ais-cream je harga rm 62


 

 Buat semangat balik rumah cepat

 
Siap tanya kat akak tu berapa lama ais-cream boleh tahan. Budget konon gila banyak ais-cream  bila nak habis. Tak sampai 3 hari abis semua

 Boleh di katakan semua mall besar di kawasan selatan ada BR ni. Banyak flavour yang boleh dipilh. My fav always yang ada nuts but no caramel.
Nak disc 31% tunggulah setiap 31hb




4 comments:

  1. perghhh! teringin nk mkan ais krem tu

    ReplyDelete
  2. wah mmg sedap icecream BR ni..

    cik tom masukkan list blog ni dlm bloglist;

    http://tombloglist.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Suka packaging dia. Hr tu pnah skali pakai baju pink smata2 nak dapat diskaun untuk aiskrim.

    ReplyDelete
  4. @ nick
    teringin kena pergi nnti kempunan.Nak kena belanja ke?

    @ciktom
    tq very much. Semoga success

    @oasis
    Sayang tak tahan lama..kalau tak boleh guna utk isi ikan..huhuhu.tAK de baju pink camno..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here