This is good

Monday, May 17, 2010

Jadi Gila Kerana Crocs.

Yeah..these 2 week is my jalan laju WEEKS..and i really2 need this damn so called ugly shoes CROCS..although its UGLY , i sanggup cari hingga ke negara China. Dari Mid Valley ke One Utama dari sana ke Sunway Pyramid..ooohh bukan dlm masa sehari tapi 3 kali ahad mencarinya yang sesuai. Kenapa saya tiba2 desperate adalah kerana minggu ni saya ke Vietnam dan next week ke Jakarta. Ya , saya perlukan sgt2 kasut itu utk memastikan perjalanan kaki saya selesa dan LAJU

Pertama kali memakai CROCS adalah raya tahun lps. ..bukan di kedai rasmi CROCS tapi di kedai jual riben,bunga, untuk hantaran..secara kebetulan. Terlampau banyak kasut CROCS melebihi riben2,bunga yang sepatutnya dia jual. I tiba2 rasa soo teruja..Selama ni tak pernah masuk kedai rasmi CROCS untuk menbeli ,cuma masuk hanya untuk bertemu my old best friend sbb dia kerja disana dan tak heran yang jual ditepi jalan sbb tak teringin nak pakai rekaciptanya yang sebegitu. Berbalik pada kedai riben tadi,katanya kasut tu ori tapi defect maybe pada saiz,shape. One for Sofeya and One for me. Harga nya rm75,rm45 for kids.

Selepas tu asyik2 pakai kasut CROCS, tak nak dah pakai kasut lain. Semua letak ke tepi,my high heel pun dianaktirikan. Mungkin betul CROCS ini ori sebab memang sedap pakai,terasa jalan sambil melayang2..dan ini dibuktikan lagi semasa i di oversea selepas i gunakannya selama 9 jam tanpa henti. ya,..saya sayang CROCS itu.

Nak dijadikan cerita semasa musim terlampau & kemarau panas di utara baru2 ni. My CROCS kecut sebelah!!! sbb sebelah over exposed pada cuaca panas yang melampau dan sebelah lagi sedap2 je dia ada kat tempat redup..what the....!! adakah ini kerana kasut ni tak ori jadi mcm ni. Tension kejap sebab my keselesaan telah diragut. My friend explained kasut CROCS ori pun mmg tak boleh kena extra panas




Oh maaf ia tidak bertukar begini...........ia KECUT!! KECUT!! faham..!




Perhatikan yang sebelah kiri tu..kalau tak nampak tandanya anda.....??
hehehe..kasut tu agak bersarang sbb tersimpan agak lama tapi sayang nak buang



Hari berganti hari..hidup tanpa CROCS tidak menjadi masalah. Hidup mesti di teruskan. Dan secara tiba2 i need to travel again..melancong..YA saya sukaaaa melancong. Korang suka??
Masa dah terlalu hampir dan dengan kelam kabut mahu ke kedai riben itu semula..no need to buy ori coz i really need the money to shooping sakan. Then...eh kedai riben dah bertukar .....masih kedai riben lagi tapi agak teratur dan.....cantik..oh dah renovate rupanya.Tapi mana CROCS!!!!!...Owner kedai tu dah tak jual CROCS?? keciwa sungguh.. Sambil berjalan2 di tepi jalan ternampak pulak org jual CROCS!! Tapi ni sah2 tak original sbb tgk pun tau dah yang melambak kat uptown atau pasar ahad. Ya, saya desperate dan terus beli..rm20, my hubby tak senang mulut terus membebel salahkan saya beli. I don't care as long as i have that ugly crocs..

Pakai semasa di Giant sambil mengayakan CROCS tak ori..nak buat ujian dulu . ohh..ohh.. ini tak boleh jadi baru beberapa langkah i asyik tertahan2 sakit kaki..dah injured!! Nak nangis pun ada sbb sakit sangat..ni baru a few steps..menyesal pun tak guna. Nak tak nak kena beli yang ORIGINAL. Nak kena tunggu hari ahad juga sbb my hubby free ahad je.


Inilah rupanya...yang tak ori..sakit tau!!

Dari satu shooping mall ke satu tak de saiz..my little small feet..tiba2 rasa kurus..eh, apa kena mengena ni..
Dan akhirnya dapat juga warna gold..Yang penting ori. Tak sabar nak berjalan di Vietnam nnti..Tgk lah kaki ku..tak bau kan.....eh..
i sempat membandingkan what is the different between my defect shoe dan original shoe..Emmm tak nampak perbezaan pun..



Bukti yang original.


















6 comments:

  1. ye..sy pun pakai crocs skang..
    dulu asik cakap kat orang..ape pakai kasut getah-getah macam tu.. even ori tapi macam tak syle compare tu heels dan sneakers..

    tapi bila dah cuba.. wao...fallin' in love tau.. sama macam awak..

    btw, lawak la yang kecut sebelah tu.. but congrats sebab dah beli yang baru.. gold is gorgeous...

    ReplyDelete
  2. thanks nadia..tadi dah pakai jalan2. Asyik tgh bawah je. hehehehe...tak pe beli crocs pelaburan, tahan lama asalkan jgn jemur tgh panas. serik

    ReplyDelete
  3. crocs ni lembut, selesa, cantik, menarik tapi harganya MAHAL.

    ada jual size 10 tak? kaki saya besarlah, susah nak dapat size.

    ReplyDelete
  4. Balqisshafiqa Dan nadiashafiqa ni adik beradik ke? Curious lah. Nk tau jugak. Saiz 10 Tk pasti yg pasti saiz 5 tkde sbb tulah 3 mall saya Cari saiz 5.

    ReplyDelete
  5. dah beli crocs ori pun stil sakit ibu jari dan jari kecik kaki.

    ReplyDelete
  6. Nak tanye size crocs ori dan x ori sama ke lain?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here