This is good

Friday, November 26, 2010

Berpoya-poya di Hotel Tristle,Johor Bahru dan Singapore

Lama nya i tinggalkan laman ini...sbbnya byk perkara penting yang perlu di selesaikan dulu ..dulu..dulu lagi.*nampak sangat suka menanguh keje ye*

Semasa MATTA fair lepas (2010 ,tak ingat date) , mmg niat nak bercuti tapi problemnya..tak ada tujuan. pusing punya pusing tgk mana yang kena dgn budget akhirnya secara tiba2 terus beli tiket ke Universal Studios yang baru buka di Singapore. Harga tiket dah kena dgn budget. Tak berapa mahal nak dibandingkan dgn taman tema diluar negara belum campur kos pengankutan ,masa dan sebagainya. sekepala rm150 duit malaysia.. dan ambil keputusan check in di town Johor Bahru Hotel Thistle yang juga dibeli di Matta Fair. dengan harga promosi rm250 pernite inc breakfast for two untuk 2 malam. oh ye jika tak harga dia rm250++ dan tak termasuk breakfast. Means dalam rm300 lebih jugaklah.

Perjalanan 3 jam lebih di sertai dengan 2 youngest sister..

oh ye ni part hotel and and round2 Singapore..second part is Universal Studios Singapore.
So for those yang nk jln2 Singapore but dunno which hotel to stay..this is the info maybe can help a little bit.

Terletak 5 minit perjalanan dari bandar Johor Bahru dan pintu masuk Singapore. Ikut saja Jalan ke Danga Bay, Hospital Sultanah Aminah pasti jumpa..tempat makan ada di sekeliling hotel..hari tu try makan soto ayam dan yong tau fu..marbeles

Di hotel tak ada shuttle ke KTM.(untuk mereka yang nak guna transport di Singapore) so kenalah naik teksi lebih kurang dalam rm9.00







The hotel



The mother and daughter


The Lobby



view from room
*nice nak express swim can jump terus. Thrill



View frm our room
see u can intai while us mandi. Tak aman kau.!

Super best katil hotel nilah..you all imagine boleh isi 4 adult 1 children siap tdo boleh tukar2 posisi lagi.Super2 king kong.hahaha. Padahal bilik yang we all ambik standard room for 2 pax.
Tak de maknanya join2 bed..mmg sebijik dtg camni..




The KING KONG size bed..sedap guling2 5 minit pun tak abis. As u can see glass
window tu adalah bilik ayer.

Ok pembaca yang budiman, dlm pukul 2.00 tgh kita start masuk S'pore. Bagi yg dah biasa you all tau kan kena beli kad utk kereta , duit m'sia dlm rm20. We all ambil keputusan naik kerata.
Then nnti duit parking tolak dari situ. Ini adalah cara2 nk kurangkan kereta masuk..So orang yang betul2 berduit saja yg mampu pakai kereta di S'pore.

Masa masuk sempadan our mood really stable and happy,seeing their country, to be frank demmm clean,plus with their shinning2 car. about S'pore yang betul2 kita boleh puji. But then..............

Well ,seriously kita at the time mmg tak ada arah tuju..jalan je. Perasan bagus. Tp yg tak tahan alahai sign board diaorg..bukan macam kita lagi 30 km nk sampai Shah Alam dah terbentang besar signboard sana sini..unlikely s'pore ko boleh sesat beb..SESAT!! ok tu mood dah tak stable,masing2 senyap sbb letih,hubby dah start cursed sana sini,aku plak dah kematu bontot menanggung Sofeya yg dh makin berat..tulang...

Then bila hampir nk give up jumpa pulak adoi ape ke nama tu..Orchard Road. sampai jugak..kalau you all tanya how is the direction sumpah aku tk tau . Dah park kerate* 15 minit pusing baru jumpa parking DAlam Lucky Plaza. With zero information about These Plaza i found out this is the place where u can find perfume,branded skincare with cheap ,cheap price..and yes i bought 100ml burrberry perfume kalau in rm tu JUST rm110..beb 100ml kat m'sia pun rm200 above la..i'm the perfume expert so i knw the price . * dari kecik suka perfume.

rambang mata tgk perfume,skincare but wat to do duit yang ada ni lah nk di foya kan di Universal Studios nanti





pose manja2 ala kucing*Sofeya buat ala anak kucing.


At night we all sempat g Eye of Singpore ala yang mcm kat Melaka tu but this one lagi besar. Sampaikan aku tak naik sebab takut gayat seh!.
bayaran masuk duit m'sia dlm rm60 .budak 3 tahun no charge. So sementara they all berhibur ,i sempat cuci mata tgk kapal atas bangunan. its a casino and hotel..guys the view is marbeles..byk bangunan di bina ala new york,Manhattan..mmg you rasa berada di oversea. Cuma cuaca je yang tak boleh nak tipu.

Mesti korang wondering how kita balik ke JB? of course la beli MAP..! Sempat beli sebab takut hubby sambung cursed sana sini..
i nasihat kat korang*dan untuk aku sekali for future* gunalah GPS Samada dlm kereta,iphone,tepon . Untuk kesenangan you all jugak..
sebelum tu ada sikit panduan observation 2 hari kat sana

1. Guna escalator, sila berdiri sebelah kiri, on the right adalah
untuk orang memotong...?*macam lorong kereta jugak wei.hahaha*
seriously serious beb i selalu lupa benda ni. jgn gatal2 nak berpasangan
dengan pakwe bila naik escalator ye. And their escalator laju gila seh.*dibandingkan
dgn negara kita*

2. Parking kerata masuk montot dulu. ni mmg i nak gelak jap. Sebab unknown
Punyalah berdispin sepanjang2 parking tu tersusun cantik kepala kereta
masing2. My hubby buat tak senonoh parking kepala dulu..okey AWKWARDDD...

3. Cari la keta yang berhabuk tak cuci sebulan..tak jumpa punya

4. Jangan buang sampah...oh ye chewing gum di larang sama sekala..it's a FINE country..ok..so chill..hehehehe

5. kalau nak masuk kiri atau kanan stand by awal2 jangan tiba2 tukar laluan anda akan di HON!!. EH..kereta tau bukan orang. My hubby buat muka dekkk je asyik kena hon..hahaha.tensen abang.

6. Nak bw masuk kereta fikir banyak2 ok..bayaran parking memang terlalu mahal..2 hours dah rm12 duit m'sia..bukan parking standard kat KLCC pun

7. Untuk pemandu lagi,mengenai lampu isyarat,pejalan kaki..sini undang2 boleh jalan KALAU jalanraya selamat untuk dilalui.Salah satu cara untuk mengelakkan jam. Sini pejalan kaki amat2 diutamakan .kalau org berduyun tgh lintas tunggu sampai orang abis lintas JANGAN ngada2 nak sua muncung kepala kereta. Nak buat cubalah. daring je kena pandang

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here