This is good

Thursday, January 27, 2011

Apa yang best sangat kedai @ warung ni sampai berduyun2 orang ?



 Selalu ke PD tapi tak tau makanan apa yang sedap atau famous . Banyak baca dari media makan tu best, restaurant ni  best. Hampeh tak jumpa. 
Lps balik dari ladang Ostrich yang sunyi tu kami berpusing2 mencari tempat untuk lunch. Alih2 jumpa tempat ni..



 Tempat duduk hampir penuh..sempat hubby aku chop tempat duduk..Menu hanyalah ikan,ayam,hotdog panggang..semua hanya dipanggang sahaja..nasi putih,soup dan pilihan air cuma air purple dan mineral water..ringkas and simple

Sambil menunggu hubby and me terlooking2 sesama sendiri pelik orang datang berduyun2 tanpa had.kejap datang 4 orang, 2 orang paling ramai 8 orang  *siap kira tu*  Yelah kan menu dia dah la simple,kedai pun simple je.
Pekerja2 kat sini semua pakai topi koboi..rilex je akak tukang tuang soup pakai topi cowboy..tak menang tangan



 Tengok tu..ramai kan..? ramainyaaaa..




 Sambil makan pun sempat perati orang lagi..kejap2 dengar "bang tambah ikan sekor"..."bang tambah ayam 1 ekor"

Ada family ni siap tanya ada buka branch lain ke? CNY ni buka ke tak? wahh..semangat akak ni.


Review aku? .. ayam saya akui dipanggang secukup rasa. Tak liat,tak lembut, selesa je gigit.Juicy . Ada diberi sos pedas..mmg pedas. Mungkin sos rahsia mereka.saya suka makan nasi dengan soup kosong. Jadi amat sesuai dengan selera ..Nasi jangan cerita lah..nasi kukus kan.Walaupun lembut tapi tak berketul.  Pakai beras mahal ni.
Kebetulan pulak hari tu amat panas.Makan pun peluh2 , air purple(anggur) tambah 3 kali..terasa puas minum. 



Tak payah nak hias kedai cantik2, pekerja seksi2,atau pakai aircond Panasonic. Cukup dengan identiti kedai Ayam Panggang Nasi Kukus dah di kenali ramai.

 Tersusun minta di makan..


you all pernah makan sini..? cuba cerita sikit apa yang menariknya..1st time makan kan so nak tau juga kan..
Tempat nya di Batu 4 , Port Dickson.Tepi jalan..nampak asap kepul2 dari jauh

Waktu nak balik ada 2,3 keta sibuk cari tempat  parking..saya balik pun sebab ada orang ramai berdiri tak de tempat duduk..jadi jangan bawa laptop sebab takde wifi. Eh...

Friday, January 21, 2011

Cara membeli di Tutti Fruiti..

Banyak sangat cawangan Tutti Frutti di seluruh dunia. Di Malaysia Naza Group merupakan pemegang lesen 
Tutti Frutti ni..Jadi sapa nak buka francais kenalah deal dgn mereka..saya pernah gatal call tanya berapa modal di perlukan untuk francaiskan Tutti Frutti ini. Model dalam 500k. Memang mahal sungguh tapi dari segi promosi tak payah risau lagi. Opening je ramai serbu kedai tanpa perlu promosi buat flyer 1000pcs ok..

Terima kasih berita baik 500k itu.Sungguh tak mampu..Kalau tak punca bankrap Tutti Frutti adalah  saya. Saya regular guest tanpa bayaran



 Nampak harga macam tak mahal kan?..jaga2 penuh satu mangkok boleh capai rm19
 
 

 Mula2 pilih saiz cup. yang hijau tu paling kecik. balance yang besar banyak lagi




 Sebelum nak jadi model bertudung yang berjaya kau kena pose untuk blog aku dulu..walaupun rendang pasti akan berjaya..oppss.
Di sini pilih flavor yang di sukai..saya suka yang masam2..
tik..tik..tik..eh air liur meleleh? kesat..

.
 yang disini boleh jadi lupa diri..tambah itu ini..oh tambah lagi . Berapa berat sangat kacang hancur tu kan..?


 taruk penuh2 keliling gitu..abiskan satu botol pun tak pe.





 Masa untuk timbang ..jeng..jeng..":ok akak bayar"...oh aku bayar ekk





Harga  di dalam rm17..jadi makan sebulan sekali..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here