This is good

Thursday, March 24, 2011

Serangan kutu kucing terbaru

Entah mana silapnya tiba2 kutu kucing ni seakan2 menganas. Mmg dah kuarantin si Bobby tu kat belakang rumah dan tiada lagi serangan kutu.. Tiba2 balik dari kampung minggu lepas kena serangan kutu teruk2 punya. Agaknya oTAk kutu tu serangan virus kot. Habis ngamuk. Dan mangsa nya mestilah aku dan anak. Hubby aku relax je sbb darah dia pahit kot. Ni lah jadinya kat kaki aku yang dulunya cun gebu. Adoyai..

Mungkin.....mungkin sbb bobby sempat keluar dari stor tu masa saya nak ambik kain utk di jemur.
Berdesup dia lari ke hall. Ada la 5 minit dia tergaru2 atas carpet tu sementara saya jemur kain..tapi takkanlah...banyak ekor tu geget kaki saya nih.












Jadi pada yang sapa tau camne
-nak hilangkan gatal *mmg saya tau tak de obatnya*
-Hilangkan parut, Parut ni kalau tak buat apa2 mmg kekal lah jawabnya. Ini amat2 di perlukan semula.
saya nak cantik balik
-hilangkan kutu kucing atas carpert selain dari semburan ridset. Nak kena bakar carpet atau perabut ke??
-Buang Bobby..Sorry lah tak sanggup..bawa jumpa vet? tu minggu depan..ni untuk sementara ni..nak buat hapa?

Friday, March 4, 2011

Hadoi..Diserang kutu kucing..

Ni semua angkara kucing saya yang bernama Bobby. Mixed persian Local. Nampak tak gambar kat sebelah atas kiri tu? dia lah empunya nama. Bobby amat jarang di lepaskan keluar rumah. Last terlepas 2 bulan lepas dan sejak tu kutu ber rumah sakan. Saya rasa Bobby ni dlm golongan kucing manja. Tak boleh sakit sikit,terus tenat. Kutu ni pun dia macam tk boleh handle, fragile sgt Bobby ni. Sebab rumah parents pun ada 2 ekor kucing ,pun ada kutu. Taklah mcm Bbby ni tergaru2 setiap 5 minit.

Penderitaan ni dah berlaRutan nk dekat 2 bulan. Sampai tahap kritikal setiap malam kami anak beranak tergaru2 sebab kutu kucing ni . Yang tak tahan boleh nampak clear kutu melompat2 atas jubin lantai. .Sedap jek lompat2 lps tu termasuk dlm cawan atau makanan.Aktiviti balik dari kerja, terbongkok2 laki bini hapuskan kutu satu persatu. Siap buat rekod "ma, hari ni papa dpt letupkan 15 ekor kutu". Rekod tu.

Tekanan gila bila balik rumah. Shaggy Carpet asyik jemur dan skg lipat letak tepi.Hohoho..maklumat yang saya tahu,kutu amat suka nyorok dalam carpet, celah baju,bulu kucing *nyorok dalam rambut manusia belum dengar lagi,so dun worry* Tapi yang pelik nya makhluk halus ni still bermaharajalela even dah letak ubat racun kat Bobby.Sebagaimana bakteria skg mengalami mutasi, sama juga dgn kutu ni yang semakin agresif. Pendapat aku lah..* saya,aku,saya aku..abaikan*

Gigitan kutu ni bukan main2. Cubalah . Seksa ,amat bisa dan meninggalkan parut. Lagi garu lagi gatal . Adalah 3 hari gatal bisa tak hilang. Klau dah tinggal parut tu of course garu sampai darah la kan? Kaki saya dah amat hodoh untuk di upload dalam blog ni. Jatuh vogue..nak hilang parut entah bila. Penyelesaian sementara yang boleh dilakukan, sembur dengan ridset, atau apa2 jenama. Berbotol2  borong dari kedai runcit Ali Corner. Sapa ada hobby kumpul botol,bolehlah ambik kat sini free je.kUtu akan mati kena semburan tapi kena fire direct ok. Sembur ala2 nak sembur nyamuk tak sesuai. . Itu saja  cara yang ada, buat sementara. Kesian kat Sofeya pun berparut, kdg2 tu kelopak garam pun naik. Alergik. Sifat Mereka2 , ni boleh lompat hingga beberapa kaki. Lompatan yang amat tinggi sehingga boleh naik atas katil.. Tension je..


Bukan tak pernah mandikan,carikan kutu *ketagih jadinya,geram je dapat letupkan kutu* ubat picit pun dah beli, tunggu nak bg cukur bulu je..hahaha..dapat info cukur bulu kucing,kucing boleh mati. Kejamnya dengar
 Tolong calon kan saya pertandingan kucing muka poyo..sure menanglah


ini lah ubatnya..rm8..
dah tak berkesan.


 umpan makan baru boleh kacau leher


 buka ruang sikit kat tengkuk..bulu2 tu ketepikan.
nk ruang botak je




insyallah minggu ni nk bw jumpa vet..enjet terus.Badan dia dah tak boleh terima ubat tu . ORg kata dah lali.
Skg ni kurung dia kat belakang. tu je langkah selamat. Dan ia berkesan. tak gatal2 sangat. Dah gemuk gila2 kesan dr kena kurung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak info? Click here